1:07 AM

Manusia,
Datang dan pergi dalam hidup.
Kadang kala tanpa dipinta atau dipaksa.
Samada pergi menghadap Ilahi.
Atau pergi meninggalkan diri ini.

Biarpun mereka pergi,
Jangan pernah lelah melangkah.
Teruskan hidup .
Bersama mereka yang setia.

Jangan nampak lemah.
Biar nampak gagah .
Ada manusia yang suka melihat kita mengalirkan air mata.
Ada manusia yang dengki akan senyuman di bibir kita.

Teruskan.
Teruskan tersenyum.
Biar air mata itu jatuh,
Saat kau mendekatkan diri pada Allah.
Luahkan segalanya pada Dia Yang Maha Besar.
Sebab, Dia sentiasa ada saat kau sedih dan gembira. 

You Might Also Like

0 comments