CINTA MATI

7:39 AM

Tidak kesampaian bukan sebab dia dah kawin atau ada orang lain.

Tidak kesampaian kerna jodohnya dengan ajal.
Ya , aku gelarkannya Abang Long.
Seorang yang berkulit gelap.
Pemalu tapi pandai buat lawak.

Selalu hadir di malam hari,
Saat aku terjaga dari tidur.
Dia ada mengacau.
Aku rindu saat itu.

Dia berjanji untuk balik ke muar ,
Untuk belanja makan satay.
Sememangnya dia tahu, satay fav aku.
Dia kata , “tunggu aku balik bulan 3 (2017).”

Selama beberapa ketika,
Dia hilang tanpa jejak.
Aku khuatir dan rindu akan usikkannya.

Aku bertanya sahabat-sahabatku yang lain.
Manakah dia menghilang?
Beberapa hari selepas aku bertanya,
Di saat aku kerja malam.
Kawan aku menelefon aku.
Menangis teresak-esak .
Mengatakan banglong ada kanser.

Terdiam.

Sahabatku, menziarahinya di hospital.
Tersemat di dalam telefon , video arwah sedang lelah bernafas.
Sedih.
Aku tak dapat menziarahinya.
Di waktu pengebumiannya juga,
Aku tidak hadir kerana tugas.
Petang itu, sahabatku menunjukkan segala mesej tentang arwah.
Menangis.

Dia menyimpan lama perasaan nya terhadap aku.
Dari waktu aku bersama kekasih pertama.
Aku menyesal. Tak pulang melawatnya di hospital.
Saat aku pulang, dia sudah tiada.
Kuburnya sahaja yang masih merah.
Maafkan aku . 
Baru aku sedar, aku sayang kau...

You Might Also Like

0 comments