J A U H

9:09 PM

Aku tidak sihat hari ni.
Lepas sarapan, terus aku pulang ke rumah.
Ingatkan mahu ke NSK beli barang basah.
Hancur sama sekali dek kerana aku rasa ingin pitam.

Balik rumah, aku makan ubat dan terus tidur.
Aku termimpi, dalam mimpi itu .
Ada budak kecil giginya sudah longgar.
Sekali , gigi atas ku longgar sekali.
Dalam beberapa detik,
Aku mengeluarkan 3biji gigi.
Cepat-cepat aku berkumur.

Kakak cakap, gigi bawah ku 2 yang ptah.
Manakala 1 biji yang atas.
Kemudian aku tnjuk gigiku kepada ayahku.
Ayah , masih cantikkah anakmu ini?”
Ayah hanya tersenyum . Dan menyuruhku mencari kunci kereta.

Kemudian aku terjaga.
Aku menangis.
Pernah orang-orang cakap,
Jika mimpi patah gigi , akan ada yang terdekat meninggal.

Allah
Aku tersentak
Aku sedih
Mohon dijauhkan mimpi itu
Panjangkan umur kedua ibu bapaku
Panjangkan umur kami sekeluarga
Limpah ruahkan rezeki buat kami sekeluarga
Aku mohon pada Mu
Engkau Maha Besar Lagi Maha Mengetahui Segala Isi Alam
Allahuakbar

You Might Also Like

0 comments