K O S O N G

3:57 PM

Pagi , 

17 November 2017 

Duduk di bahagian tingkap dalam bas , membuatkan aku terus merenung keluar.
Segalanya bermain di fikiran.
Telefon berdering minta di angkat ,
Sepi aku memandang screen telefon.
Rasa malas untuk menjawab panggilan telefon.
Aku gagahkan jua menjawab.
Di balas acuh tak acuh sahaja.

Entah lah,
Kadang-kadang aku tak faham dengan diri ini.
Hati terasa kosong.
Hiba meninggalkan bumi Muar.
Aku selalu begini.
Maafkan aku manusia tak sempurna.
Aku rindu keluargaku.
Aku sedih meninggalkan mereka.
Akulah satu-satunya yang jauh dari mereka.

Aku rindu adik-adikku gaduh.
Aku rindu melihat mereka bergelak ketawa.
Aku rindu melihat emak mengomel melihat kami adik beradik.
Segala isi rumah aku rindu.

Kenapa kosong menjadi tajuk?
Sebab, di Kuala Lumpur aku kosong.
Di rumah juga kosong.
Duduk seorang diri. 
Berbual apabila manusia tak sempurna menelefon.
Ya, dia ada waktu aku jauh dari keluarga.

Tapi dia juga jauh dariku. 
Berazam ingin menamatkan zaman bujang,
Membuatkan kami tidak selalu ketemu.
Tapi tak mengapa. Aku faham. 

Semoga dipermudahkan segala-gala urusan ku.
Urusan ahli keluargaku.
Samada di dunia mahupun akhirat.
Amin .

You Might Also Like

0 comments