R A P U H

8:33 PM

Kau tak tahu bagaimana aku rasa.
Kebahagiaan yang baru kau cipta ,
Untuk buat kenangan di dalam benak fikiran mereka ,
Sekelip mata menjadi satu memori yang tragis.

Tidak disangka menjadi begini.
Malah tidak terlintas akan jadi seperti ini.
Segala angan dan motto hidup ,
Musnah sama sekali.

Kini, aku rapuh.
Rapuh di dalam mengejar impianku saat ini.
Angan-anganku dahulunya tinggi.
Kini jatuh terhempas berkecai.

Keluargaku setia di sisiku.
Manusia tak sempurna juga sentiasa ada.
Tapi aku cukup rapuh saat ini.
Aku menunjukkan diriku kuat di hadapan mereka.
Sedangkan aku lah manusia yang rapuh.

Adakah masih ada peluang untukku?
Doakkan aku.
Aku perlukan kekuatan.

You Might Also Like

0 comments